4 Flat - IIUM Confessions - Share your secret stories

4 Flat

- 10:25 pm
Assalamualaikum. Post ni aku nak share antara tips-tips yang kawan-kawan aku amalkan. Diorang ni memang superb lah. CGPA semua mantap-mantap.

SOLAT. Dengar je azan, dia terus ke bilik air nak ambil wudhu’. Nak pakai telekung tu, sempat ajak berjemaah bersama. Selagi boleh jemaah even berdua je, dia gigih juga! Betapa dia jaga solat dia.

SOLAT SUNAT. Ada sorang ni dia bukanlah jenis study hard, rajin buat revision ke nota ke. Tapi jenis fokus dalam kelas dan solat dhuha paling dia akan usaha buat. Pkul 12.00 tgh hari habis kelas pun dia akn segera ke bilik air, cari surau nak solat. And yes, hidup dia senang cerita Allah sentiasa mudahkan.

FOKUS. Kawan aku ni KPOPers tegar. Balik bilik nanti pun buka laptop layan K-Drama dan sewaktu dengannya. Artis KPOP nak keluar lagu baru pun dia tahu, ada KDrama baru yg best pun dia tahu, gossip apetah lagu guys. Tapi sebabkan fokus dalam kelas, taktidur dan salin point penting. Maka dia antara yg cemerlang dalam akademik.

HUSNUZZHON. Dgn dia ni paling susah nak suuzhon. Cakaplah pasal apepun, marah pasal apepun. Dia tetap akan cari point yg positif. Pernah aku takpuas hati dgn anak buah aku sbb diorg taksiapkan kerja dalam waktu yg ditugaskan. Aku mengadu kat dia. Dia punya tenang mendengar, lepastu dia kata “Sabar yaa, besar kemungkinan dia kurang sihat atau ada hal dengan akademik yg dia perlu dahulukan”. Tup tup betul weh. Anak buah aku tu mmg taksihat. Allah, betapa sebaknya time tu. Rasa bersalah ya amat. Punyalah dia taknak kawan dia fikir negatif.

4 Flat
Ada sorang ni dia bukanlah jenis study hard, rajin buat revision ke nota ke. Tapi jenis fokus dalam kelas dan solat dhuha paling dia akan usaha buat. Pkul 12.00 tgh hari habis kelas pun dia akn segera ke bilik air, cari surau nak solat. And yes, hidup dia senang cerita Allah sentiasa mudahkan. - iium confessions

JAGA HATI. Dia ni punya tahap jaga hati kalau boleh taknak berbohong hanya sebab nak bergurau. Dia akan sentiasa jujur, cakap tentang perasaan dia dan apa yang dia nak. Pernah aku bergurau dgn dia sampai tipu satu benda. Dia kecewa sangat dengan aku sampai aku minta maaf berkali-kali. Taubat lepas daripada tu aku taktipu dia dah. Dan dia jaga hati semua pihak sampai nak buat keputusan keluar dengan siapa, nak belajar dengan siapa pun dia akan tanya aku. Sbb kami mmg rapat. Pernah dia korbankan perasaan dia taknak keluar sebab nak jimat, tapi dia keluar juga dengan kawan dia sebab taknak diorg terasa hati.

TUNJUK AJAR. Dia sejenis paling senang nak bantu orang. Pernah sekali tu aku taktahu pun dia ada a tons of works yg kena siapkan hujung minggu tu juga. Aku minta tolong dia ajarkan satu bab ni. Berkali-kali aku minta dia terangkan semula sebab aku susah nak tangkap. At last roommate dia tanya “kerja itu dan ini dah siap?”. Allah! Baru aku tahu dia berkorban masa utk ajar aku. Bersalah punya pasal, lepas daripada tu setiap kali nak minta dia ajar aku WhatsApp dia dulu atau tanya roommate dia yg samada dia sibuk atau tak.

STUDY SMART.
Kawan-kawan aku yg jenis perform ni semua amalkan study group. Senang, mudah, cepat tangkap. Sebab nanti ada yg kreatif nak mencipta akronim, ada yg pandai bercerita sampai org senang ingat, ada yg jenis boleh bagi banyak contoh untuk certain fakta, ada yang terer bab mengira dan ada yg suka buat nota cantik-cantik lepastu bagi kat kawan2. Untung weh!

So itulah serba sedikit yang aku nak kongsikan. Manalah tahu ada terselit manfaat. Rasa bersalah bila hasil pemerhatian aku ni takdiberitahu even ada yg cliche. Adios, goodluck guys! STUDY SMART PRAY HARD!

– Anon

Ada kisah menarik yang ingin anda kongsikan disini? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search