Bukan Tak Sayang Isteri

- 10:08 pm
Salam semua, seperti tajuk di atas, aku nak confess yang aku ikhlas tak sayang wife aku sendiri. Aku dah berkahwin lebih kurang setahun dan aku kahwin bukan atas dasar perasaan cinta sayang bagai semua tu, aku bekerja luar dari malaysia,after 8 or 9 month only,aku akan balik malaysia semula, so tahun lepas since aku rasa macam nak kahwin and settle down sebab teringin nak ada family and anak bagai aku pun ajak la kawan aku kahwin. So we just have this mutual agreement untuk berkahwin and decide that feelings can comes afterwards.

And guess what?apparently feeling tu tak datang-datang pun sampai ke sudah. Tapi sebenarnya aku dah cuba sehabis baik dah untuk pupuk rasa sayang semua tu, tapi masa awal-awal kahwin wife aku macam jual mahal, acah-acah hot stuff, dia treat aku macam lelaki kat tepi-tepi jalan nak mengorat dia. Dia buat macam as if she got nothing to lose la even tak layan aku. Memang silap besar la,sebab aku bukan orang lain,aku dah sah sebagai suami dia. Lama kelamaan aku pun naik fed up and give up, so no more acah-acah macam nak mengorat wife sendiri. But still aku jalankan tanggungjwb sebagai suami macam biasa.

Wife aku boleh dikatakan kategori wanita bekerjaya, so as i told earlier aku kerja luar dari malaysia, sometimes balik 3-4 bulan then pegi semula. Since kat malaysia aku tak kerja, aku tak kisah pun untuk tolong wife aku buat kerja rumah, basuh baju,lipat baju, sapu mop rumah bagai semua aku buat, tanpa perlu wife aku minta tolong pun. Cuma memasak je aku tak buat sebab aku memang tak reti masak. Tu pun aku tak minta or paksa wife aku masak hari-hari untuk aku, makan kat luar pun aku ok je. Tapi disebabkan kerja wife aku tu dia selalu penat, kadang2 lepas maghrib dia dah tidur, weekend pun dia lebih prefer untuk tidur. Dah tu bila masa nak dating nak spend time suami isteri kan, dah la aku tak lama mana pun dekat malaysia. Pernah beberapa kali aku beli tiket wayang tapi end up pergi tengok sorang2 je, sebab wife aku nak tidur. Padahal kerja ikut office hour biasa je pun, kerja rumah pun tak perlu buat sebab most of the time aku dah settlekan.

Bukan Tak Sayang Isteri
Bukan Tak Sayang Isteri
Sekarang ni dah dekat setengah tahun aku kat oversea ni and masa aku kat sini wife aku dah selamat melahirkan anak kitorg, tapi disebabkan kerja aku tak dapat nak balik lagi, aku faham wife bersalin,dalam pantang semua perlukan support dari suami,tapi dah memang kerja aku macam ni,bukan aku suka2 tak nak balik lagipun wife aku selalu cakap nafkah tanggungjawab suami,duit dia hak dia,duit aku hak dia juga,dalam masa yang sama suruh aku balik,kalau dah duit pun suruh aku cari, tulang empat kerat aku pun dia nak perah nak suruh jaga dia dengan anak then memang impossible la untuk aku penuhi semua tu. Aku nak sangat balik tengok anak aku tapi aku tahan je sebab aku tau bila aku balik dalam keadaan duit tak cukup wife aku akan pandang rendah aku, dia akan layan aku lebih kurang sebab dia rasa dia yang tanggung makan minum aku, memang aku mengaku kadang bajet aku lari,aku banyak komitmen nak kena bayar,sementara aku nak pergi kerja semula memang wife aku yang tanggung makan minum aku, dia selalu bising aku makan banyak,dia nak kena berjimat bagai tapi aku tengok selalu je dia shoping online.

Kalau aku nak cerita detail, memang sampai jadi novel la baru habis cerita ni. Anyway memang banyak benda yang dah berlaku yang membuatkan aku tawar hati dengan wife aku ni. Banyak kali dah aku terfikir untuk ceraikan dia cuma tak terlafaz lagi je sebab fikirkan anak. Fyi few month ago, aku memang dah cakap dengan wife aku semua yang aku tak puas hati pasal dia, dia janji untuk berubah tapi sampai sekarang aku tak berapa nampak ada perubahan pun and aku memang tak expect layanan dia pada aku akan berubah banyak even aku dah balik malaysia nanti pun.

Anyhow, untuk wanita bekerjaya di luar sana, ambil la pengajaran dari kisah aku ni, jangan terlalu ego dan pandang rendah pada suami walaupun korang berduit. Mana tau kut suami kat luar nampak ok kat dalam tu tunggu masa je nak lafaz cerai. As for me, aku pun tak tau macam mana ke depan nanti, for now ikhlas cakap aku memang tak ada perasaan langsung dekat wife aku. To those yang nak merasa cinta lepas nikah tu beware la,zaman sekarang tak macam zaman dulu2, even yang cinta sebelum nikah pun bila dah kawin boleh ke laut ni kan pula yang tak ada perasaan apa2 sebelum nikah.

– Mr K

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak IIUM Confessions Media tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang membina dan sebarang komen berkaitan dibawah.
 

Masukkan kata carian dan tekan Enter atau Go