Introvert - IIUM Confessions - Share your secret stories

Introvert

- 9:39 pm
Salam. TQ admin jika siarkan confession aku kat page hang. And thanks kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa untuk baca luahan aku ini.

Aku introvert. Sangat introvert. Aku akan okey dengan somebody hanya jika orang yang approach aku dahulu. Then barulah diorg tahu perangai aku macam mana. Baru-baru ini aku pindah tempat kerja baharu. Pindah tempat kerja sebab nak tempat baru ini menawarkan peluang yang lebih baik daripada tempat kerja aku yang lama. Mula-mula aku happy. Sbb kerja baru ni agak stabil dan memberikan aku peluang yang baru dalam kerjaya aku ini.

The problem that make me unhappy in this new place is, aku tak ada kawan kat sini. Aku tak pandai lagi nak bawak diri kat tempat baru ini. Aku try untuk berborak dengan rakan-rakan baru kat sini. Tp aku tengok mcm diorg tak boleh terima aku kat sini. Kengkadang aku tgok kat cermin, tanya diri sendiri. Aku sendiri ke yang sombong? Aku pon dah tak tahu nak buat apa. Aku masuk kerja. Buat kerja. Balik. Esok benda yang sama. Ulang. Rakan-rakan sekerja ada group mereka sendiri yang sedia ada sebelum aku masuk lagi. Dan, tinggallah aku seorg tanpa kawan.

Aku introvert. Sangat introvert.
Aku akan okey dengan somebody hanya jika orang yang approach aku dahulu. Then barulah diorg tahu perangai aku macam mana. - iium confessions
Tak tahu nak luahkan kat siapa. Dan aku rasa semakin hari, kawan aku semakin sedikit. Hilang dalam hidup aku. Aku try whatsapp (ws) kawan-kawan lama aku. Dapat la berborak-borak dalam 10 minit. Lps tu diorg pun senyap. Aku rasa bila aku try ws diorg (kawan lama aku) aku rasa macam aku je yang beria nak tanya khabar diorg. Rakan2 yang sedia ada ni pula ramai yang dah kahwin. Berkeluarga. Dengan business masing-masing. Bila aku ajak keluar, semua sibuk. Last2 aku pun murung sendiri dalam bilik aku kat rumah. Baca buku. TV. Facebook. And of course read confessions kat IIUM.

Ada sekali tu aku keluar makan ngan member aku. Diorg pon cerita lar pasal minggu ni banyak kenduri kawin diorg nak pi sampai kene ulang balik baju yang diorg dah pakai kat majlis kahwin yang lepas2. Time ni aku senyap je ar. Tak pandai nak menyampuk. Then sorang kawan aku ni tegur aku. Ko ada majlis kawin nak pi tak minggu ni. Tak sempat aku nak jawab, dia jawab sendiri “Eh, ko mana ada ramai kawan kalau nak pergi majlis kawan2 kan. Hahahaha”. Member aku sendiri memperlekehkan aku sebab aku tak ada kawan. Sedih masa ini. Tapi aku mampu gelak je lar sambil mem’babi’kan dia dalam hati (tak moh ikut cara aku yang ni).

Family? Aku tak berani nak bercerita tentang ini dengan mak ayah aku. Aku risau diorg sedih. Sedih sbb anak dia sorang ni tak ada kawan. Sunyi sorang-sorang kat perantauan. Hahaha. Sekarang ni kawan rapat aku adik-beradik aku. Bab ni aku bersyukur sangat sebab diorg ada dalam hidup aku. Adalah tempat nak berborak tentang benda2 yang tak berfaedah. HAHAHA. Tp susah nak jumpa diorg ni sekarang sbb semua di daerah yang berlainan. Borak-borak dalam ws group family je la mampu.

So sampai jelah luahan aku. Aku kengkadang jealous dengan org yang extrovert. Huhuhu. Senang je nak dapat rakan baru kat tempat yang baru and bukan masalah besar bagi diorg nak menyesuaikan diri at a new place (Maaf extrovert’s persons). Tapi bila fikir balik, itu mungkin kelebihan yang Allah dah bagi kat dia kan? So anda semua, sampai sini je lah luahkan aku. Aku terima apa-apa nasihat daripada anda semua. Dan terima kasih sekali lagi sebab sudi luangkan masa anda baca luahan aku ni. Terima kasih.

– Hooman

Ada kisah yang ingin dikongsikan disini? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search