Kenapa Adik Dilahirkan Sebagai OKU? - IIUM Confessions - Share your secret stories

Kenapa Adik Dilahirkan Sebagai OKU?

- 6:15 am
Amat berterima kasih sekiranya confession ini disiarkan. Aku mempunyai 5 orang adik beradik. Seorang daripadanya adalah abang angkat yang diambil dan dibela sejak kecil kerana ibu bapa ku lewat mendapat cahaya mata. Hampir 5 tahun berusaha barulah mereka berjaya mendapatkan abang kandungku. Selepas beberapa tahun, aku pula dilahirkan ke dunia. Aku mempunyai 2 orang adik, seorang perempuan dan seorang lelaki. Lelaki yang paling bongsu.

Keluarga kami adalah keluarga yang sederhana. Tinggal di rumah teres pembelian ayah hasil penat lelahnya sebagai seorang penjawat awam. Kacang hantu!ini adalah gelaran yang aku gunakan ke atas abang sulong aku. Bagi aku dialah yang paling bermasalah di dalam keluarga ni. Bersekolah hanya sampai tingkatan 2. Dikatanya hendak bekerja untuk mencari duit tapi semuanya adalah kesan dari terlalu mengikut kawan-kawan yang langsung tidak berguna. 

Zaman tu zaman hip hop, zaman mat rempit berleluasa, Sprint test, Drag racing adalah aktiviti masa lapang mereka. Disuruh ke giatmara banyak pula alasannya. Sekarang dah masuk 30-an dan telah berkahwin pun tapi kerjanya masih tidak menentu dan terjebak pula dengan masalah penagihan dadah pil kuda dan ganja. 

Motosikal ayah sendiri pun dirembatnya bila gian dah tak terkawal dan akhirnya dimasukkan ke pusat serenti selama beberapa bulan. Hasil dari rawatan di pusat serenti itu sedikit sebanyak ada memberikan impak yang positif, tapi aku tahu yang masalah ketagihan dadah bukanlah satu yang mudah untuk ditangani. Sama macam rokok!.

Kenapa Adik Dilahirkan Sebagai OKU? - iium confessions
Dialah Watak utama dalam cerita aku ni.Dalam cerita ni aku akan gelarkan dia sebagai adik. Dia la bagi aku yang paling istimewa dalam keluarga ni sebab dia seorang perempuan. - iium confessions
Abang aku yang kedua pula,tahap pendidikannya bagi aku sama seperti orang lain. Jarang buat masalah kat sekolah, graduan kolej komuniti dan akhirnya diterima untuk bekerja sebagai seorang penjawat awam. Aku? aku juga mempunyai tahap pendidikan yang sederhana. Bukanlah seorang yang cemerlang pun.Sekarang adik perempuan aku pula. 

Dialah Watak utama dalam cerita aku ni.Dalam cerita ni aku akan gelarkan dia sebagai adik. Dia la bagi aku yang paling istimewa dalam keluarga ni sebab dia seorang perempuan. siapa yang ada adik perempuan mesti faham rasa tanggungjawab mempunyai seorang adik perempuan. Malah korang akan rasa yang tanggungjawab ni lebih besar bila adik perempuan korang adalah seorang Orang Kelainan Upaya Fizikal.

Adik aku mempunyai masalah “talipes equinovarus” kedua-dua belah kaki sejak kecil. Sebelah kakinya berjaya dirawat menjadi seperti normal. Tetapi kaki kananya memerlukan rawatan pembedahan yang menyebabkan dia terpaksa menanggung parut yang teruk sehingga kini. Bukan itu sahaja, tulang belakangnya juga mengalami “scoliosis” menyebabkan pembesarannya terganggu. 

Namun begitu, Aku yakin yang Tuhan ada bagi kelebihan lain dekat dia.Yes! Semasa tadika, dia adalah orang pertama boleh membaca di dalam kelas. Sampaikan, cikgu tadika dia sendiri terkejut dan membawa anaknya datang ke rumah untuk belajar dengan adik. 

Waktu kecil, aku pernah lihat adik menconteng sesuatu di dinding, tetapi semua tulisannya terbalik dengan beberapa huruf pun terbalik. “ARUKAS”. Apa itu arukas? ada ke perkataan arukas? Rupanya ia adalah “SAKURA”, Perkataan yang terdapat pada botol susu milik adik yang paling bongsu diconteng pada dinding rumah. Ini dipanggil “Mirror Writing”. 

Ia sebenarnya adalah gejala seseorang itu mempunyai masalah Disleksia. Adik aku juga mempunyai masalah pertuturan. Doktor diagnosis masalah ni sewaktu dia diserang asma yang teruk dan terpaksa di tahan di hospital.

Waktu kecil, adik sama seperti kanak-kanak lain. Bermain, ketawa, bergembira bersama rakan-rakan lain. Dia dimasukkan ke aliran Perdana untuk belajarkerana kemampuan untuk belajar adalah sama seperti kanak-kanak lain. Semasa di sekolah rendah darjah 1 dan 2, adik mempunyai seorang teman yang sangat rapat dengannya. 

Teman rapatnya itulah yang sering bersama adik. Segalanya berubah apabila ayah bersara dan mengambil keputusan untuk tinggal di kampung. Adik terputus hubungan dengan kawan-kawan zaman kecilnya. Bila adik berada di sekolah baharu, tidak ramai yang mahu berkawan dengan adik kerana kelainan fizikalnya. Tahun demi tahun, adik semakin matang. 

Pemikirannya seperti seorang remaja biasa. Aku dapat lihat perubahan negatif yang berlaku kepada dirinya. Dia menjadi seorang yang pendiam, sukar untuk bergaul dengan orang lain, Takut untuk bertegur dengan sesiapa sahaja yang ada disekelilingnya. 

Dihantar ke sekolah rendah agama, tetapi dia kerap ponteng. Mungkin disebabkan rakan-rakan ataupun dia kecewa dengan takdir Tuhan. Dia sering mempersoalkan kenapa Tuhan jadikan kakinya begitu, dia sering menyalahkan takdir dan pernah meminta untuk potong kakinya kerana menganggap kakinya itu hodoh, berparut tak macam orang lain yang mempunyai kaki yang normal dan cantik. “biarlah potong kaki ni, pakai kaki palsu pun takper”.

 Hampir setiap hari kami dihujani dengan persoalan yang sama ” Orang nak bedah tulang belakang ni, nak bagi tinggi, Biarla lumpuh pun takpe, mati lagi bagus dari hidup macam ni, buat siksa ja”. “Mama, kenapa orang dipanggil OKU?, orang taknak lah kad OKU ni, bakar je lah”. Allah, hanya Allah yang tahu betapa beratnya ujian buat dia dan buat kami.

Kalau ke mana-mana majlis,dia sering berdiri di belakang ibu kerana segan akan manusia lain yang memerhati kakinya. Pandangan yang mengjengkelkan oleh manusia normal di sekelilingnya. Keputusan PMR teruk, SPM nya juga merosot. Kami sering cuba memujuk dia bahawa manusia memang akan memandang pelik setiap perkara yang kelihatan berbeza dari kebiasaan. 

Selepas SPM, aku memerhati tingkahlakunya seperti orang yang mempunyai masalah kemurungan. Tidaklah sampai ke tahap halusinasi dan delusi yang teruk. Hobinya yang suka menonton video hiburan di youtube tidak lagi menjadi keutamannya. Seringkali dia menyatakan keinginan untuk membunuh diri. Kami sekeluarga tetap cuba berikan yang terbaik. 

Cuba membantunya dengan menghantar ke kaunseling. Menghantarnya ke “Pusat Pemulihan Dalam Komuniti” supaya dia dapat melihat yang ada orang yang diuji lebih teruk dari dia tetapi langsung tiada perubahan. Kami cuba membawanya kepada perubatan islam. Cuma beberapa hari dia kelihatan seperti normal selepas rawatan dilakukan dan selepas itu dia mula mengugut kami semula untuk membunuh diri.

Adik takder kawan sebenarnya, sejak dari sekolah rendah sampai lah abis SPM. Self esteem dia sangat rendah.Dia introvert dan dia juga dan tak tahu bagaimana untuk berkenalan dengan orang lain.Dia ada berkenalan dengan seseorang melalui internet, seorang lelaki yang menetap di johor. Mereka tidak pernah berjumpa. 

Aku seorang abang yang protective dan ambil berat terhadap adik-adik aku. Zaman sekarang ramai orang gunakan teknologi untuk menodai mana-mana gadis remaja yang baru hendak mengenali dunia.Bukan gadis je, lelaki teruna pun kena. Ya ia memang berlaku, adik aku menerima banyak Whatsapp daripada lelaki miang yang menulis perkataan lucah. 

Bila lihat mesej-mesej yang sekadar cuma untuk memerangkap seorang anak gadis supaya memuaskan nafsu mereka, terus darah aku naik dan membuat keputusan untuk mem”block” lelaki-lelaki miang tersebut dan mengugut mereka untuk dilaporkan kepada polis sekiranya menganggu adik aku lagi. 

Aku sentiasa nasihat adik aku supaya jangan melayan lelaki-lelaki seperti itu. Berdasarkan “conversation” dalam whatsapp Adik aku yakin yang dia faham apa yang aku cuba sampaikan kepada dia. Tapi aku tetap risaukan dia.

Suatu hari, aku menceroboh akaun media sosial milik adik. Aku menulis kepada lelaki yang dikenalinya itu “Salam, ni abang kepada adik. Adik saya ni seorang oku fizikal. Kalau boleh jangan la mainkan perasaan dia dan untuk memuas nafsu semata-mata. Kalau betul berminat datang la sini mai pinang dia”. Cliche sangat kan? ya aku seorang yang straight dan direct. Jarang aku nak gunakan bahasa berbunga-bunga. 

Waktu petang tu, adik membawa sebuah botol air, dengan muka marahnya “ni sapa yang tulis ni? hang ka yang tulis?” buppp melekat botol air tu dekat badan aku. Petang tu jugak dia mengamuk dah macam orang kena rasuk sebab aku ceroboh privacy dia. Mak ayah pun ditamparnya. Buat pengetahuan pembaca, adik aku ni memang ada gangguan sikit. Biasala, orang berniaga susah nak lepas dari masalah-masalah di sihir ni. 

Itu mengikut cakap perawat islam tu la. Dia cakap adik aku ni ada orang minat, tapi dia tak melayan. Rasa-rasa hati aku yang lelaki ni ada kaitan tapi tak tahu la kan. tu sebab aku tulis macam tu. Aku bukan nak halang dia berkawan sebab umur dia pun dah dewasa. Mengamuk lama jugak la dia, sampaikan nak bunuh diri la, terjun dari tingkat rumah, tuduh kami menganiaya dia la. (kami ikat tangan dia sebab nampak dia dah meracau-racau macam orang tak sedar diri)

kami buat keputusan untuk menghantar dia untuk rawatan di Bahagian Psikiatrik untuk sementara. Dia perlukan bantuan orang lain sebab kami sendiri tak tahu apa masalahnya. Mungkin rawatan di sana boleh membantu dia. Bagi aku, Psikiatrik bukanlah tempat untuk orang-orang gila. Yang Gila adalah bila tiada lagi rawatan yang berkesan untuk masalah yang dihadapinya. 

Mungkin rawatan psikoterapi dan ubatan di sana boleh membantu dia. Waktu dalam kereta, sempat aku cakap kat dia ” adik, abang sayang adik, ambil berat pasal adik. Abang minta maaf sebab ceroboh privasi adik, maafkan abang. Kalau adik taknak abang ambil tahu pasal adik lagi adik beritahulah dekat abang, abang keluar dari rumah tinggal dekat tempat lain pun takpe”. 

Sebenarnya dia marah sebab aku bagitahu kat lelaki yang dia OKU fizikal. Dia cakap dia tak bersedia lagi nak beritahu macam tu. Waktu tu dia dah tenang dah.

Dalam hati aku, aku salahkan diri aku,dan for sure aku SALAHkan masyarakat yang jahil dan stigma dengan orang yang mempunyai OKU fizikal. Adik aku jadi macam ni sebab masyarakat suka pandang remeh terhadap oku. Korang jumpa la mana-mana oku sekalipun mesti diorang ada pengalaman macam mana masyarakat yang normal memandang diorang. 

Orang oku ni tidak suka dilabel-label sebenarnya. Even dia seorang oku, treat la dia macam orang normal. Pandang dengan Empati bukannya pandang jelek dekat diorang. Adik aku tak minta pun dia dilahirkan sebagai seorang yang tak normal. Tak minta pun kaki dia macam tu. 

Tak minta pun diri dia macam tu. Sebab fizikal dia macam tu ramai yang taknak berkawan dengan dia? jijik ke orang Oku? Orang yang ada autism, down syndrome, disleksia dan sebagainya tu pun manusia jugak. Diorang pun ada hati dan perasaan. Aku harap ada orang yang sudi berkawan dengan adik dan memulihkan semangat dia. Wujud ke orang yang boleh menerima adik?

– Abang

Ada cerita dan kisah menarik untuk dikongsikan disini? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search