Luahan Hati

- 10:15 pm
Salam semua. Untuk pengenalan, nama aku Insyirah. Lebih dikenali sebagai Ins. Berumur 25 tahun. Masih bujang dan bekerja di tengah bandar Kuala Lumpur.

Aku tak tahu camne nak mulakan confession aku ni, tapi sejujurnya aku penat. penat nak menjawab soalan orang sekeliling aku.. mesti korang dah boleh agak kan soalan pasal apa? KAHWIN. bila nak kahwin? kalau yang bertanya soalan tu orang tua, aku boleh la buat senyum kambing pastu cakap.

‘makcik doakanlah untuk Ins. mana tahu ada rezeki boleh kahwin’.

yang aku sakit hati bila kawan-kawan sebaya aku atau lebih kurang dengan aku tanya soalan macamtu. kau takpela, habis belajar terus kahwin sebab kau pakai duit mak ayah. kahwin grand, kahwin konsep garden la, english theme la, boleh la kau cakap banyak sebab kau tak rasa peritnya nak struggle untuk save duit tu, kau tak perlu rasa susahnya nak simpan duit sampai terpaksa cut perbelanjaan kau. ada kawan aku cakap..

‘kahwin la Ins. Kahwin ni best tau..’

Sape yang taknak kahwin? aku rasa semua orang nak kahwin. nak ada family kecil sendiri. Kau tahu tak dengan kos hidup yang tinggi kat KL ni, makan lagi, bukan senang nak menyimpan. ye, kena istiqamah dalam membuat sesuatu. aku tahu. dan aku terus mencuba untuk istiqamah dalam menyimpan walau kadang-kadang aku terbabas jugak dalam berbelanja hehe.

Luahan Hati
Sejujurnya, aku cemburu. cemburu bila tengok orang lain sebaya aku dah ada suami, ada anak. tapi aku pujuk hati aku, walaupun rezeki kahwin aku lambat, tapi aku tetap beruntung sebab mampu nak berbakti pada mak ayah aku.
ada pulak yang cakap kat aku..

‘kenapa nak susah-susah menyimpan? kau buat yang wajib je, akad nikah pastu buat makan sikit..’

Bagi aku la, bercakap tak semudah nak laksanakan. kenapa aku cakap camtu? sebab aku pun ada keluarga. aku ada family yang perlu aku jaga jugak perasaan mereka. Apa perasaan family aku nanti kalau aku buat camtu sedangkan dah jadi impian semua mak ayah nak tengok anak diorang diraikan dalam majlis perkahwinan? Rumah family aku kat kampung. Kau tahu jela kalau dah hidup dalam kejiranan kampung ni macammana.. macam-macam perangai la yang ada. jangan dipersoal kenapa perlu fikir mulut-mulut orang kampung.. aku rasa kalau korang berasal dari kampung, mesti korang faham, melainkan kalau kawasan kejiranan korang memang takde spesis manusia macam kat kampung aku ni haa. hahaha.

Sejujurnya, aku cemburu. cemburu bila tengok orang lain sebaya aku dah ada suami, ada anak. tapi aku pujuk hati aku, walaupun rezeki kahwin aku lambat, tapi aku tetap beruntung sebab mampu nak berbakti pada mak ayah aku. aku mampu nak bagi mak ayah aku duit bulanan secara konsisten, mampu belikan apa yang adik-adik aku mintak, mampu balik ke kampung untuk ziarah family aku yang duduk di Pantai Timur sekurang-kurangnya sekali sebulan. bila aku fikir dari sudut camtu, aku bersyukur. sebab aku berpeluang untuk berbakti kepada family aku, aku ada duit sendiri untuk survive. berbeza dengan kawan-kawan aku yang kahwin lepas belajar ni, lepas kahwin majoritinya jadi suri rumah. ada sesetengah dari kawan-kawan aku, buat bisnes online sebab nak tolong suami support family. ada kawan aku yang dah kahwin, sebulan sekali pun belum tentu balik untuk ziarah orang tua. mungkin rezeki aku bukan kahwin awal. rezeki aku ada dalam sudut berbakti kepada keluarga.

Aku harap sangat kepada mereka yang kahwin muda tu, jagalah sikit hati kawan-kawan yang tak sampai jodohnya lagi. kau tak perlu nak sindir-sindir, nak cakap macam-macam kat kitorang yang masih tak kahwin ni. jangan rasa megah sangat hanya disebabkan kau dah kahwin. ada officemate aku bujang jugak, dah 35 tahun. saving ada, rumah ada, tapi kenapa dia tak kahwin lagi? sebab dia ada sejarah silam dengan lelaki yang membuatkan hati dia tertutup untuk mana-mana lelaki. ada seorang lagi akak kat ofis aku dah 58 tahun, tapi bujang jugak. saving berkepuk dalam bank, rumah sewa beberapa buah, rumah sendiri, kereta, semua dah complete. kenapa tak kahwin? dia pun ada sebab tersendiri. sebab dia jaga mak dia. (aku panggil mak akak tu nenek). kalau akak tu kahwin, camne kalau dia dapat suami yang tak elok perangainya? macammana kalau suami dia tak bagi dia jaga nenek? lagipun dia jenis yang cerewet melampau, jadi katanya nanti sakit kepala kalau dapat suami yang perangai entah apa-apa. jadi lebih baik dia membujang sambil berbakti kepada nenek.

Sekarang, kau nampak tak, bukan semua orang yang tak kahwin ni tak mampu? masing-masing ada pemikiran dan tanggungjawab yang tersendiri, jadi, tugas kau selaku orang terdekat dengan golongan bujang ni, jangan nak hentam orang secara membabi buta. kenali dan selami dulu diri orang tu. maaflah kalau rasa confession ni merepek. tapi sejujurnya ni lah yang aku pendam, aku simpan dan aku tak tahu nak luah kat sape. jadi aku decide nak luah kat sini.

Terima kasih kepada yang sudi baca sampai habis. :D

– Insyirah
Advertisement
PERINGATAN
Pihak IIUM Confessions Media tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang membina dan sebarang komen berkaitan dibawah.
 

Masukkan kata carian dan tekan Enter atau Go