Mana Silapnya?

- 9:24 pm
Terima kasih admin sebab sudi kisah aku didengarkan (cerita aku ni ada unsur2 sedih, keliru & cliché). Aku ni tak pandai sangat nak bercerita. Tapi aku akan cuba sehabis baik supaya masalah yang aku cuba sampaikan ni mudah difahami.

Banyak kali hal ini terjadi dekat aku. Kadang-kadang aku terfikir aku ni ke yang bermasalah. Masalahnya aku mesti akan bergaduh dengan kawan-kawan baik aku. Mesti.

Masalah bergaduh ini biasanya akan terjadi bila ada kerja berkumpulan(bila dah dekat u). Memang aku ni biasanya yang akan mendahului daripada ‘member member’ kumpulan aku. Biasanya aku yang akan bahagi kerja, bagi idea, siapkan kerja seawal yang aku mampu, ingatkan apa yang nak dibuat. Senang cerita macam aku melantik diri sendiri sebagai ketua walaupun aku tak berniat macam tu. 

Aku cuma nak pastikan kerja ini dapat disiapkan dengan hasil yang terbaik. Tapi aku takde lah nak marah sangat kalau setakat kerja lambat sikit (yang penting hantar before due), terlampau pasif dan yang banyak sangat alasan. Cumanya kalau dia kawan yang aku rapat memang aku tegurlah tak berlapik. Tak kasar tapi tegas (straight to the point). Biasanya aku akan tanya apa alasan diorang nak bagi. Kebanyakkan alasan tu cumalah alasan. Dan aku memang jujur. Apa yang aku rasa itulah apa yang aku cakap. Tapi yang buat aku panas kalau jenis yang pentingkan diri sendiri.

Kes ni baru terjadi. Aku minta nak jumpa untuk bincang sebelum ‘presentation’. Seramai ramai kumpulan aku tu semuanya ‘busy’. ‘Busy’ sebab diorang ni terlalu aktif dlm U kecuali bab akademik. Bukan nak kutuk orang yang aktif. Aku sendiri pun ada masuk beberapa persatuan dan program. Tapi aku tahu mana ‘priority’.

Aku ni sebenarnya tak suka nak bergaduh sebab aku sedih kalau dengan kawan sendiri pun terpaksa buat buat tak kenal. Tapi masalahnya aku memang garang. Kadang aku tak sedar pun. Lepastu aku dah sakitkan hati kawan. Susah jugak jadi orang jujur sangat ni. 

Tapi dulu, waktu sekolah rendah aku tak macam ni. Aku jenis yang terlampau diam sampai orang kutuk aku. Kawan kawan aku pun tak ramai tapi tak pernah pula bergaduh.

Mana Silapnya? - IIUM Confessions
Jadi kalau ada bende remeh pun aku boleh terasa dan merajuk. Maka bergaduhlah aku dengan kawan baik aku. Bersilih ganti kawan baik aku. - iium confessions
Masuk sekolah menengah, aku cuba berubah. Jadi lebih bising supaya orang senang nak berkawan dengan aku. Tapi waktu ni, aku jenis yang terlalu sayang kawan. Jadi aku cepat terasa kalau aku dipinggirkan kawan baik sendiri. Jujur aku cakap kawan baik aku biasanya seorang je. Ke mana mana semua dengan dia. 

Dan dulu aku takde masalah kalau nak korbankan apa2 untuk kawan baik aku yang seorang ni. Tapi biasanya diorang tak macam tu dekat aku. Jadi kalau ada bende remeh pun aku boleh terasa dan merajuk. Maka bergaduhlah aku dengan kawan baik aku. Bersilih ganti kawan baik aku. Tapi seingat aku banyak yang aku sakitkan hati. Dulu aku kalau marah memang lama dan biasanya memendam. Terseksa perasaan aku setiap kali bergaduh. Sebab aku memilih untuk berdiam daripada menjelaskan.

Sekarang, ada je kawan baik aku yang aku tak pernah bergaduh. Mungkin serasi. Ada juga yang akan bergaduh kadang kadang puncanya sebab sikap aku. Aku ni cepat terasa. Tapi bezanya sekarang ni kalau terasa aku bagitahu. Tapi aku takdelah terus salahkan diorang. Aku dengar juga penjelasan. Sebab aku nak cuba fahamkan cerita belah pihak kawan kawan aku. 

Sekarang ni juga kalau aku marah, aku cakap, aku tunjuk (bukanlah agresif, takda campak2 barang, atau mencarut). Yang aku perasan bila aku luahkan, marah aku tak lama. Tak macam masa aku sekolah menegah dulu. Sekarang ni pun aku banyak bergerak sendiri sebab lagi senang aku nak kesana sini. Sebab aku dah faham masing masing ada komitmen sendiri. Kawan tetap kawan.

Perangai aku ni berubah ubah ikut situasi. Sampai aku sendiri tak kenal diri aku. Aku bukan nak jadi sempurna. Tapi cukuplah aku tak mahu sakitkan hati orang lain. Aku nak jadi orang yang tak terlalu serius dan tak terlalu garang. Aku nak aku ni senang untuk orang bekerja dan berkawan. 

Aku harap aku dapat berubah walaupun aku pun tak faham dengan sikap aku yang sebenar. Aku cerita ini berdasarkan perspektif aku terhadap diri aku. Tak tahulah apa perasaan pembaca pasal aku.

Biasa sangat aku diuji dengan persahabatan. Bila dah terlalu rapat, jadi satu masalah. Terus tak serapat dahulu.

– Aku ni kawan kau mungkin

Ada kisah menarik untuk anda kongsikan diruangan confessions ini? Sila klik disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak IIUM Confessions Media tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang membina dan sebarang komen berkaitan dibawah.
 

Masukkan kata carian dan tekan Enter atau Go