Tip Study Last Minute - IIUM Confessions - Share your secret stories

Tip Study Last Minute

- 10:00 pm
Assalamualaikum dan hai… Aku harap confession aku ni tersiar sebab aku nak kongsikan tips study waktu last minute eh.Sebelum tu aku perkenalkan diri aku puteri, umur 25 tahun and still belajar dekat UKM. Doakan aku dpt gred master.

Ok back to the topic,aku ni dari form 1 sampai form 5 suka study last minute. Dah memang tabiat dah. Bila masuk je universiti, aku tak study last minute dah. Gila ke wei nak study last minute. Apa yang aku praktikkan, aku akan kongsikan. Aku taknak la bagi tips yang cliche. Memang berkesan untuk aku dan aku harap berkesan untuk adik-adik yang masih bersekolah.

Tip Study Last Minute
Tip Study Last Minute
1) CARI NOTA YANG RINGKAS TAPI PADAT DALAM INTERNET DAN PRINT

Aku ni jenis malas nak tulis nota sendiri.Korang yang suka tulis nota ni,gunalah kaedah ‘tulis nota sendiri’Yang jenis malas macam aku,korang cari je dalam internet then print pastu kau highlight la isi yang penting bagi kau.Takpun kalau kau takde printer,kau rembat nota kawan kau. Carila,budak pandai dalam kelas kau,then mintak elok-elok pastu kau fotostat la dekat koperasi sekolah.

2) FAHAM DAN HAFAL

Selalunya ramai orang bagi pesanan suruh faham dan jangan menghafal. Tapi bila dah last minute ni,korang perlukan kedua-duanya.Hafal yang ringkas-ringkas je yang mana kau rasa penting. Akak tahu dalam buku teks,rujukan dan sebagainya korang rasa semua point ni penting. Tapi cari yang lebih penting.Kalau study sejarah,kau buat la satu cerita macam cerita dongeng ke. Kalau kau study addmaths or mathematics, kau kena hafal formula right? So korang reka la formula sendiri yang boleh kau ingat.Sama macam sains.

3) PELBAGAIKAN TEKNIK

Ok, ni khas untuk mathematics dan add maths. Akak tahu, ramai yang tak minat subjek killer ni right? Akak pon dulu tak minat sangat subjek ni tambah-tambah add maths. Ergh, rasa nak pitam. So,pelbagaikan teknik ni atau reka sebarang teknik yang lagi mudah. Macam akak,kalau addmaths,akak selalu guna ‘teknik seluar kecik’ dan ‘teknik luar lubang hidung’.

4) STUDY SIKIT TAPI KERAP

Haa, akak tau ada yang akan study berterusan sampai lupa makan, solat,tidur sebab korang panik takut tak dapat jawab exam hari esoknya. Akak dulu pon selalu macamtu. Korang kena chill, sebab otak kita takkan dapat hadam semuanya sekaligus. So caranya,korang kena study pelbagai subjek dalam satu hari dalam masa singkat tapi kerap. Ok tak faham? Macamni,katakan esok exam sejarah, lusa agama islam, tulat add maths/maths, of cos la korang kena prepare untuk exam sejarah right?…Tapi korang tak boleh la tumpukan dekat sejarah je dalam sehari. Korang gunakan waktu sebaiknya, study la sejarah dalam 2 jam, agama dalam 2 jam. Kalau kau lemah dekat suatu subjek contohnya sains, kau spend la 3 jam . Then kau study balik sejarah. Ataupun,dalam sehari kau study la sejarah setiap 2 jam. Then rehatkan badan kau.

5) TIDUR

Korang jangan la study je sampai lupa tidur,esok exam otak kau akan penat dan tak cukup oksigen. Sebaik-baiknya tidur dalam 6 jam. Yang pasti, elakkan tidur petang, sebab akan buat badan kau jadi makin penat dan mudah lupa.

6) MINUM AIR

Minum air jangan lupa. Sekurang-kurangnya kalau bukan 3 liter sekalipun, kau cuba la habiskan 1 liter air. Penting untuk kesihatan kau dan otak kau dapat oksigen.

7) USAHA,TAWAKAL,DOA,REDHA

Solat jangan tinggal. Ni penting. HAHA agak cliche tapi benda ni yang paling penting. Aku pon selalu jugak tinggal solat. Selalunya sebab malas. So, jangan jadi macam akak. Try ubah diri perlahan-lahan.Alhamdullilah cara ni berkesan. Yang kedua, tawakal tu penting. Tapi kau kena la usaha jugak. Jangan tawakal tapi tak usaha. Salah tu. Lepas je kau habis jawab exam, redha la dengan ketentuan Allah. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.

8) JANGAN BINCANG

Ok ni penting, lepas kau jawab exam, tolong jangan bincang. Buat kacau je emosi kau nanti. Kita tak tahu jawapan siapa yang betul. Tak semestinya, kawan kau jawab A, kau jawab B, jawapan A tu betul. Biar cikgu yang tentukan. Bila diorang tanya, kau ignore je atau kau ubah topik lain.

ok tu je tips yang selalu aku buat bila exam last minute. Sekian.

– PUTERI

Ingin menghantar confessions anda? Sila klik disini
Advertisement
 

Start typing and press Enter to search