Ayahku Jiwa Muda

- 6:21 am
Assalamualaikum pembaca sekalian hehe. Saya tertarik dengan confession Hinatachan tentang kesan anime.

Di sini saya nak bercerita kisah saya dengan abah saya yang boleh dikatakan berjiwa muda dan nampak muda walaupun dah masuk 50-an umurny hehe.. Maaf abah. Anak abah ni gurau je di sini hehe

Saya dari kecil boleh kata terdedah dengan anime dan kartun ni. Punca dari abah saya lah. Saya tak berapa ingat sejak bila terjebak sebab seingat saya, balik je dari tadika, terus pasang CD Pokemon. Tu abah yang belikan tau. Saya tak tau pun binatang Pokemon tu apa. Budak umur 5/6 tahun kan. Waktu tu awal 2000. Tak pasti ramai ingat atau tak, tapi kartun tu guna basic bahasa inggeris. Hasilnya? English saya dari tadika sampai MUET mesti score punya. Paling teruk pun dapat B zaman sekolah. Siapa kata kartun tak bawa faedah ye dak?

Selain tu abah saya dulu ada VCR. Apa tu VCR? Video Camera Recorder yang rakam pakai tape tu la. Sekarang dah antik. Jumpa pun dah kat muzium rasanya. Abah ni suka record cerita best2 kat TV. Contohnya, Doraemon the Movie yang memang zaman dulu punya. Nobita dengan Dinosor, Nobita dengan Askar Robot dan macam2 lagi. Tu Abah yang record tau. Bila nak tengok, hujung minggu petang lepas kartun kat TV2, 3 dan 7 habis sambil kunyah keropok hehe.

 Ayahku Jiwa Muda
Movie yang latest, semua dia download buat koleksi dalam hard disk dia. 

Bukan tu je, abah pun boleh kata layan Naruto sama dengan kami adik beradik. Bila Naruto The Last keluar, dia yang pertama cari movie tu online nak tengok sama2 kat rumah. Not to mention dia ada koleksi One Piece punya anime yang tak reti2 nak habis tu. Kawan kerja yang bagi. Haha, sama2 ada kawan rupanya abah ni..

Ok tu zaman saya kecik. Nak cerita bila saya masuk sekolah rendah dan menengah pulak. Ha, zaman ni saya dan abah kaki Harry Potter. Masa saya 11 tahun, dia tersalah beli novel kat Popular, which is Harry Potter dengan Batu Hikmat (Philosopher Stone). Sebelum dia bagi saya baca, dia dulu baca. Dari buku nombor satu sampai tujuh, semua ada. Movie pun ada koleksi DVD. Kalau korang nak cerita pasal teori Harry Potter pasal Horcrux, Deathly Hallow, he is the right person. And bila movie Fantastic Beast and Where To Find Them keluar, abah jugak yang excited hehe..

Bukan tu je, abah ni pun kira up to date. Movie yang latest, semua dia download buat koleksi dalam hard disk dia. You name it, he have it. Tapi since kami pakai unifi kat rumah.. Kami streaming je untuk kami punya movie night. Tak payah susah2 download katanya. Abah is the best.

Pasal gadget and laptop? Lagi lah dia terer. Boleh kata kami anak beranak jenis yang suka up to date dgn apa2 yang latest. Abah jugak suka photography yang guna dslr tu. Kongsi minat dengan adik kedua saya. Saya berhuhuhu je bila dengar dorang borak pasal lense.

To future parents to be, you can be open and up to date too. Befriend with your children and at least know what they like. Dengan cara ni, boleh merapatkan lagi hubungan kekeluargaan. Siapa kata dah tua tak boleh enjoy?

To abah, akak dan adik2 sayang abah sangat2. Terima kasih besarkan kami dengan cara ni. In shaa allah, akak cuba sambung cara abah. I love you, abah!

– N.L.M.Y

Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan?. Hantarkan confessions anda disini
Advertisement
PERINGATAN
Pihak IIUM Confessions Media tidak akan bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri. Sila tinggalkan sebarang komen yang membina dan sebarang komen berkaitan dibawah.
 

Masukkan kata carian dan tekan Enter atau Go